Salam sejahtera...
Urm......dah bertahun sebenarnya nak berblog ni....tapi masa tu sehari-sehari kesibukan sentiasa melanda, umpama ombak yang tak putus-putus membadai pantai...ceewah..namun semenjak dua menjak ni, terutamanya setelah selesai menghabiskan pengajian, masa dah jadi macam bertambah-tambah la pulak. Kalau dulu nak tambah lagi masa sehari semalam kepada 28 jam...huhu...tapi la ni 24 jam tu dah cukup untuk bekerja dan berehat secukupnya...anak-anakpun dah besar, dah masuk asrama....yang paling kecik pun dah tak kecik mana lagi...nak mengandung lagi tak leh dah.....sob...sob...jadi la ni rasanya dah boleh bernafas sikit. maka bermulalah episod berblog-blog ni. Tahniah pada diri sendiri...
Sebenarnya tujuan memulakan blog ni bukannya apa....saja nak syer kejadian-kejadian yang menggembirakan, menyedihkan, menyeronokkan dan macam-macam 'me' lagilah, bersama rakan-rakan maya sekalian...lagipun melalui blog ni akan ada benda-benda yang rasanya tidak mampu kita luahkan kepada semua orang secara berdepan, akan mampu untuk disampaikan dengan lebih mudah...mengeluh, bercerita, berkongsi idea, menerima idea dan mungkin apa-apa sahaja melalui blog ini...harapnya saya rajinlah berblog selepas ni, pasalnya nak menaip yang intro nipun dah pening kepala mengatur ayat...hahaha.
Selain daripada itu, andai kata umur saya tidak panjang, melalui penulisan di blog saya ni, diharapkan anak-anak, dan mereka-mereka yang mungkin merindui saya dapat melepaskan rindu dengan membaca luahan perasaan, pengalaman dan cerita-cerita saya di blog ini...InshaAllah
oklah...panjang lebarlah pulak...jumpa lagi dilain post...
No comments:
Post a Comment