Akceli dah lama saya berhajat nak beli air cond ni...tapi selama ni asyik menyewa je...jadik agak leceh nak angkut aircond ke sana sini bila pindah rumah...
Tapi, sejak ibu mertua bagi rumah untuk kami sekeluarga menumpang teduh ni, hasrat nak beli air cond makin membuak-buak....pasalnya??? Pasalnya waktu siang rumah ni mak aihh....membahang sampai ke tulang hitam๐๐...
So, dengan alasan itu, saya dengan gigihnya mengoogle lazada..kot2 ada aircond murah...dan hasilnya terjumpalah air cond jenama HISENSE 1.0 hp berharga mampu milik iaitu RM618 satu unit....
Bila dah bayar, lazada bagitahu lagi seminggu lebih baru sampai...tapi Alhamdulillah hanya 4 hari lepas tu, barang dah sampai... berdebar jugak beli barang elektrik murah ni, online plak tu... takut2 tak berkualiti ke, rosak ke, apa ke....tapi bila bukak kotak nampak macam menarik designnya....
Dah tu sakit pulak kepala mikirkan nak carik tukang pasang aircond ni...tanya dua tiga tempat rata2 nak dalam RM250-300 untuk caj pemasangan...tu pun untuk back to back installation....bg yang tak berapa nak tahu apa itu back to back, ianya ialah pemasangan indoor unit dan outdoor unit di atas dinding yang sama...cuma satu kat dalam rumah, lagi satu kat luar rumah...so back to back ni lebih murah kerana hanya sedikit saluran paip tembaga yang akan digunakan oleh outdoor unit semasa installation nanti...tak paham??...cuba google
Namun tiba2 termari idea..cewah...termari lah pulak...kehkeh..datang idea nak kontek seorang adik yang servis aircond kat sekolah saya baru2 ni...cuba2 usha harga, dan Alhamdulillah, adik yang bernama zul ni mintak RM160 sahaja untuk install aircond tu... 2 hari lepas tu dia datang pasang, dan wallaaaa....sangat berpuas hati dengan servis adik zul dan aircond yang dibeli.....
Aircond ni dia punya hembusan angin kuat dan nyaman....tak macam aircond2 lain yang pernah saya guna...cepat sejuk dan pendek kata oklah...cuma mungkin bab sparepartnya agak sukar jika rosak nanti pasal aircond ni buatan china...tapi secara logiknya aircond yang rosak biasanya kita dah tak baiki pasal kosnya tinggi...beli yang baru lagi efisien...(kalo pakcik kayo lah..)
Makanya, saya dengan ini merekomenlah aircond ni kepada tuan puan semua...hehehe...kerana bagi saya dengan harga RM618+RM160=RM 778 untuk sebuah air cond seperti ini dah sangatlah murah...cuma kena rajin check offer dari lazada kerana pernah satu ketika aircond ni offer hingga RM500++ sahaja seunit..
**lupa nak bagitahu...kawan saya baru beli aircond yang sama baru2 ni dari kedai elektrik di kuala terengganu dgn harga RM950 siap pasang...so check Lazada dulu ye...wah..lazada kena bagi diskaun ni pasal tolong promote...kehkehkeh

No comments:
Post a Comment